Saturday 12 January 2013

DIY Semi Automatik Inkubator

Akhirnya sgkp dapat juga menyiapkan inkubator untuk kegunaan reban sgkp di gopeng. Walaupun sgkp tahu yang anak anak ayam yang ditetaskan oleh inkubator tidak secergas dan kuat daya tahan penyakit seperti yang ditetaskan oleh induk, tetapi untuk memastikan tidak ada pembaziran telur sebab induk tidak mengeram atau lambat mengeram terpaksalah sgkp guna inkubator.

Selain inkubator, sgkp ada juga sediakan 2 ekor induk utk jadikan ibu tumpang mengeram. Inkubator ni, sgkp akan gunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya induk tak mengeram dan induk tumpang pun takde.

Sekiranya ada rakan rakan yang ada soalan tentang mcm mana nak buat inkubator ni boleh la email atau sms sgkp.



No comments:

Post a Comment