Monday 28 January 2013

Balik Kampung

Hampir 3 bulan sgkp tak balik ke kampung. Balik kali ni sgkp sempat melawat reban rakan sgkp di gopeng. (Serama cheqgujai). Di kesempatan yang sama, cgjai juga telah membawa sgkp melawat reban rakan yang berada di Taiping.

Selain melawat reban rakan rakan, sgkp juga sempat membaik pulih reban sgkp di kampung. Selepas bertungkus lumus selama 2 hari, akhirnya siap juga reban sgkp. harap kali ni biarlah 100% kalis tikus. Gambar lain kali update. Lupa nak ambil.
Oleh kerana sgkp takde ayam lain nak update layan aje lah gambar Pencak lepas mandi.


Friday 18 January 2013

Pencak vs Mikado

Buat masa ni pembaka rinting sgkp sedang dipasangkan dgn induk mikado. Ini percubaan kedua sgkp untuk upgrade cutting serama rinting di reban sgkp. Dah hampir sebulan ayam ni dipasangkan.  Semoga membuahkan hasil.Amiiinnnn....
 



VS 



Anak Reban

Kali ni sgkp nak kongsi ganbar anak reban dgn rakan rakan. Anak anak ni dari induk sgkp Srii.
Macam belunjur aje. Tapi takpe, sgkp tetap gembira dgn anak anak ni.


Semoga ada yang sedap mata memandang. Amin. Akan di kemaskini di masa akan datang.



Saturday 12 January 2013

DIY Semi Automatik Inkubator

Akhirnya sgkp dapat juga menyiapkan inkubator untuk kegunaan reban sgkp di gopeng. Walaupun sgkp tahu yang anak anak ayam yang ditetaskan oleh inkubator tidak secergas dan kuat daya tahan penyakit seperti yang ditetaskan oleh induk, tetapi untuk memastikan tidak ada pembaziran telur sebab induk tidak mengeram atau lambat mengeram terpaksalah sgkp guna inkubator.

Selain inkubator, sgkp ada juga sediakan 2 ekor induk utk jadikan ibu tumpang mengeram. Inkubator ni, sgkp akan gunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya induk tak mengeram dan induk tumpang pun takde.

Sekiranya ada rakan rakan yang ada soalan tentang mcm mana nak buat inkubator ni boleh la email atau sms sgkp.