Saturday 29 December 2012

Rinting for Sale (Rinting Mas SOLD. Rinting Murai still available))

Kali ni sgkp nak update serama rakan yang masih menunggu tuan baru utk melamarnya. Sesiapa yang berminat bolehlah terus menghubungi pemilik serama rinting ni.
Cheqgu Jai HP NO: 0195190593

Rinting Murai pun ada. Sila lihat posting sgkp sebelum ni. Untuk maklumat lanjut dan harga, Hubungilah Cheqgu Jai HP NO: 0195190593

Thursday 27 December 2012

Induk Selam "Mikado"

Akhirnya, induk selam ni sampai juga di reban sgkp. Harap dgn adanya induk selam ni dapatlah sgkp upgrade cutting baka rinting di reban sgkp. Mikado nama induk ni.


Gambar sewaktu dara.

Saturday 8 December 2012

Rinting for sale

Kali ni sgkp tolong mengiklankan ayam serama rakan untuk dijual,
Serama dari baka terbaik. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi terus pemilik, cheqgu Jai.
No: 019 2367989
Serama ada di Perak


Ni serama yg sama diiklankan di mudah, tapi no phone yg diberi tak dapat dihubungi. HP hilang.


Friday 16 November 2012

Induk Tina "Srii"

Inilah induk terbaru di reban sgkp. Datang dari utara. TQ kepada rakan serama "serama krule" yg melepaskan induk ni kepada sgkp. Dari segi cutting inilah induk terbaik buat masa ni di reban sgkp. Walaupun tak selam, cukuplah sekadar tarik dahulu. sgkp sangat gembira dgn induk ini. Dgn ciri ciri pembaka jantan yang tarik dan getar, mungkin kah sgkp boleh dpt anak selam. Boleh ke???
Harap tak ada masalah dgn induk ni.
Semoga ada anak anak yang berkualiti dari induk ni dan pencak.

Wednesday 7 November 2012

Kongsi Gambar Si Rinting " Sri Pencak"

Saje nak kongsi dgn rakan rakan gambar terbaru Pembaka di reban SGKP. Banyak sgt perubahan pada warna bulunya.Sekarang ni pembaka ni sedang giat dgn induk induknya. Tapi sayang, SGKP masih tidak ada induk tina yg betul betul mengancam dari segi cutting utk Sri Pencak.


Gambar terbaru atas lama di bawah, Banyak bezanya
SGKP tak dapat pegang sangat ayam ni sbb reban SGKP di Kampung sedangkan SGKP  di KL cari makan. Tapi takpe la, harap harap ada la baka Pencak yg boleh SGKP latih dari kecil.

Ni la induk induk yang bersama Pencak sekarang. 1st timer, tak pernah telur lagi, semoga tak ada masalah.






Bon kecil Tmn Meru Ipoh 3/11/2012

Sebagai peminat ayam serama, saya mengucapkan taniah & terima kasih kepada penganjur Bon Tmn Meru Ipoh. Walaupun kecil dan tiada sponsor rasanya, Penganjur dan rakan rakan berusaha untuk menjayakan Bon tersebut. Taniah sekali lagi.
Ayam ni juara ABS & BOTB di taman Meru Ipoh, 3/11/2012
Esoknya menang lg di Bon Melaka categori ABS.








Saturday 27 October 2012

Sri Pencak

Sri Pencak, itulah nama yang dberi oleh pemilik asal jantan rinting  ni. Sangat berterima kasih kepada sahabat dari gopeng kerana sudi melepaskan sri pencak dgn BEP. Really appreciated it.
  
 Sri Pencak

Sekarang Sri Pencak sedang dikawinkan dgn induk rinting kepunyaan cheqgujai, semoga anak-anaknya memuaskan hati.

Induk tina made in Ganu kite,saje nak kongsi bakal induk yang akan dikawinkan dgn Sri Pencak, Project pertengahan tahun 2013.Ayam muda lagi, kena tunggu dlm 2 bulan lg baru ayam cukup matang.

Banyak perancangan utk Sri Kuning, Hujung tahun ni akan dikawinkan dgn ayam sahabat di gopeng. Harap harap rancangan berjalan lancar.

Friday 19 October 2012

Minat yang tak pernah hilang

Tak sangka saya akan bermula semula dgn dunia ayam serama. Sekarang dalam proses mengumpul baka unduk dibuat induk reban. Pembaka Jantan pertama sedang dlm process pembiakkan, mungkin dalam 2 minggu lagi akan dapat lihat hasil reban yang pertama. Terima kasih kpd saudara Rudy, serama kajang kerana sudi melepaskan induk dan telurnya sekali kpd saya.


Ayam biasa saje.harap kat induk betina. tgk la mcm mana hasilnya.

Sekarang sedang dlm proces pembaka kedua. Rinting, on the way. Ayam dah booking, tak bayar lagi. tak boleh post gambar lg.Akan jadi pembaka direban sgkp.