Saturday, 1 June 2013

Bon Kampung

Semalam sempatjugalah sgkp membersihkan reban di kampung tempat sgkp membiak baka rinting dan memandikan ayam ayam di kampung. itu pun dgn bantuan sepupu sgkp di kampung, banyak juga yang dimandikan  7 ekor rasanya. Inilah gambar terbaru pencak.
Semasa di kampung, SGKP juga ada terjumpa poster ayam champion pada tahun 2000 dahulu. pada masa ni sgkp baru abis belajar dan mula ternak serama ni. jadi nak dapatkan baka yg baik pada masa tu adalah duluar kemampuan sgkp. Apa pun sgkp tetap memelihara serama / kapan pada masa tu demi minat. Ni la gambar poster tu


Tuesday, 14 May 2013

Aktiviti hujung minggu

Minggu lepas dapat jugak akhirnya sgkp memandikan ayam di reban. tak banyak pun. 2 eko aje.

 Dibawah Jantan muda yg belum lekat gaya lg. Jika sentiasa begini gayanya,sgkp sangat bersyukur.




Demi serama. inilah meja yg sgkp guna utk melatih ayam dalam serkup. senang dan mudah disimpan
Sekian buat kali ini. Lain kali sgkp akan kongsi gambar yang lain utk tatapan.



Thursday, 9 May 2013

Santai di reban Cg Jai

Balik PRU13 tempoh hari sgkp sempat berkunjung ke rumah rakan serama di gopeng Cg Jai @ Serama Cheqgu Jai. Layan gambar pembaka sgkp Logos dan peluru terbaru Cg Jai.




Bloodline SG

matang kelak

 

Sekalil sekala akan menunjukkan gaya lonjak dada. Harap gaya tu akan betul betul melekat apabila ayam ni masuk ketegori nanti.



Monday, 29 April 2013

Reban Part 2

Akhirnya siap juga reban sgkp. Bilik berukuran 2'x2'x22" akan sgkp guna untuk pengasing anak dan sbg bilik single untuk menilai potensi ayam sgkp. Manakala bilik berukuran 2'x3'x22" akan digunakan untuk membiak baka baka pilihan sgkp.
Direban inilah sgkp mengandingkan Pembaka Logos dan induk Gaui X5. Semoga akan ada anak anak yang berpotensi yg terhasil.

Logos dan Gaui X5.


Thursday, 18 April 2013

LOGOS

Kali ni sgkp nak update penghuni baru di reban. LOGOS. akan menjadi pembaka utama di reban sgkp di rawang. untuk permulaan LOGOS akan dipasangkan dgn GAUI X5 induk dari Bline submerine. Semoga akan ada anak anak yang sedap mata memandang. Aminnnn...
VS


Monday, 1 April 2013

Reban

Setelah lama merancang, akhirnya bermula la projek reban sgkp di Rawang. Sekarang dalam pembinaan. Reban 8 bilik dgn 10 pintu. Boleh di naiktaraf ke 10  bilik jika perlu. Insyallah akan disiapkan dalam minggu ini. Angaran 30% siap
Tingkat 1 akan mempunyai 2 bilik, 4 pintu untuk pembaka dan induk. Sementara tingkat 2 dan 3 akan mempunyai 3 bilik setiap tingkat dgn keluasan 2x2x2 untuk setiap bilik.