Wednesday, 18 June 2014

Pembaka dan induk reban. Breeding Rooster and Hen

Inilah pembaka dan induk yang terdapat di reban sgkp dan rakan sgkp dalam peternakan serama. Disebabkan tempat yg terhad. Sgkp telah menempatkan 4 ekor pembaka yg lain di kampung sgkp di gopeng.

Rooster and hen that we used for our serama breeding. Due to space limitation to breed serama at my house (Rawang), i have located another 4 rooster and hens at my hometown Gopeng.






Friday, 23 May 2014

Sekitar Bon KL 17.5.2014

Acara Makan Makan selepas bon. Di Restoran Mak Tim. Selera warisan Johor. Layan Briani Gam Kambing di sini. TQ abe SKF.

Tuesday, 25 March 2014

Pembaka Pembaka di reban

Inilah pembaka pembaka di reban sgkp. walaupun kelihatan biasa biasa saja. Alhamdullilah anak anaknya sedap mata memandang. Mata sgkp lah. Mata orang lain sgkp tak tahu..

Pembaka SG cross. SG pure sebelah jantan dan sg cross sebelah induk tina.




Pembaka Tok Uban dan anak jantan nya




Pembaka kubing. line sri bidong dan pok yie pulau kerengga.
Pembaka ni telah mengeluarkan anak yg tinggi dan boleh dibawa ke bon.
Dimasa depan, sgkp akan pamerkan gambar anak anak dari pembaka pembaka dia atas.

Monday, 20 January 2014

Induk Tok Uban.

Induk berdarah Tok Uban. Sedang dicampurkan dgn pembaka dari darah yang sama. Semoga memberi hasil yg menggalakan.


Pullett from Tok Uban Bloodline, Currently this pullet were put togetter with rooster from the same bloodlines. Hope will have nice offspring from this bloodlines.

Wednesday, 18 December 2013

R n D breeding SG + Tok Uban

Projek 2014. Induk muda SG dan pembaka muda yang dipawah dari rakan. Semoga hasilnya memberangsangkan.





Friday, 18 October 2013

Induk Terbaru di reban SGKP

RND terbaru. Cuba untuk mengeluarkan ayam berperangai. Jadi atau tak lain cerita. Janji kita usaha.

Induk berdarah Limbat + Kuning Kelantan. akan dicampurkan dgn Pembaka berdarah SG. Sekarang sedang bertelur.





Di bawah  sekor lagi indun untuk projek RND di reban SGKP. Induk berdarah Tok Uban. Juga projek untuk keluarkan ayam berperangai dan aktif di meja. Kita usaha, rezeki Allah yang tentukan. Aminn...
Induk masih muda. tapi muka dah merah. Sampai masanya akan dicampurkan dgn pembaka utama SGKP iaitu Logos.










Thursday, 29 August 2013

Induk remaja SG

Ini induk masa depan di reban sgkp. Induk asal dari reban rakan serama di selatan tanahair "serama anakjohor ataupun SAJ". Semoga bembesar dgn sempurna dan berjasa di reban sgkp.

Project Inbreeding

Alhamdulillah, anak kepada pencak dan induk srii dah mula bertelur. walaupun mempunyai darah rinting induk muda ni tidak mempunyai bulu rinting. Sedang dicampurkan dengan pembaka rinting sgkp (pencak) bagi project serama rinting di reban sgkp.
Induk muda ni telah bertelur selasa lepas. Telur pertamanya kecil. Harap akan mengeluarjan telur telur yang normal.

Saturday, 22 June 2013

Perubahan bentuk di reban SGKP.

Ayam sedang breeding sekarang. 3 ekor induk sedang bertelur. Mungkin sikit hari nanti barulah sgkp boleh update hasil reban terkini.
Kali ini sgkp saja nak tunjuk koleksi gambar salah satu bloodline yg ada di reban sgkp. Gambar ayam dari Anak C hinggalah ke muda. Banyak juga perubahan dari bentuk tubuh ayam ni.





Ini penghuni terbaru di reban SGKP. Sama bloodline dgn Jantan diatas. Akan disatukan dgn Pembaka di atas bila sampai masanya nanti.



Saturday, 8 June 2013

Bon Pasar Keramat

Salam semua, kali ni SGKP nak kongsi gambar yfgsempat sgkp ambil ketika Bon Pasar Keramat. Taniah kepada penganjur yg tak membenarkan aktiviti lipat melipat di Bon Pasar Keramat.

 


Kawan anti lipat di Bon Pasar Keramat

Ni ayam johan ABS dan BOTB milik saudara Zam HP





Pembaka sgkp LOGOS cuma saguhati ketegori Serama A. Nanti sgkp akan kongsi videonya.









Saturday, 1 June 2013

Bon Kampung

Semalam sempatjugalah sgkp membersihkan reban di kampung tempat sgkp membiak baka rinting dan memandikan ayam ayam di kampung. itu pun dgn bantuan sepupu sgkp di kampung, banyak juga yang dimandikan  7 ekor rasanya. Inilah gambar terbaru pencak.
Semasa di kampung, SGKP juga ada terjumpa poster ayam champion pada tahun 2000 dahulu. pada masa ni sgkp baru abis belajar dan mula ternak serama ni. jadi nak dapatkan baka yg baik pada masa tu adalah duluar kemampuan sgkp. Apa pun sgkp tetap memelihara serama / kapan pada masa tu demi minat. Ni la gambar poster tu


Tuesday, 14 May 2013

Aktiviti hujung minggu

Minggu lepas dapat jugak akhirnya sgkp memandikan ayam di reban. tak banyak pun. 2 eko aje.

 Dibawah Jantan muda yg belum lekat gaya lg. Jika sentiasa begini gayanya,sgkp sangat bersyukur.




Demi serama. inilah meja yg sgkp guna utk melatih ayam dalam serkup. senang dan mudah disimpan
Sekian buat kali ini. Lain kali sgkp akan kongsi gambar yang lain utk tatapan.



Thursday, 9 May 2013

Santai di reban Cg Jai

Balik PRU13 tempoh hari sgkp sempat berkunjung ke rumah rakan serama di gopeng Cg Jai @ Serama Cheqgu Jai. Layan gambar pembaka sgkp Logos dan peluru terbaru Cg Jai.




Bloodline SG

matang kelak

 

Sekalil sekala akan menunjukkan gaya lonjak dada. Harap gaya tu akan betul betul melekat apabila ayam ni masuk ketegori nanti.



Monday, 29 April 2013

Reban Part 2

Akhirnya siap juga reban sgkp. Bilik berukuran 2'x2'x22" akan sgkp guna untuk pengasing anak dan sbg bilik single untuk menilai potensi ayam sgkp. Manakala bilik berukuran 2'x3'x22" akan digunakan untuk membiak baka baka pilihan sgkp.
Direban inilah sgkp mengandingkan Pembaka Logos dan induk Gaui X5. Semoga akan ada anak anak yang berpotensi yg terhasil.

Logos dan Gaui X5.


Thursday, 18 April 2013

LOGOS

Kali ni sgkp nak update penghuni baru di reban. LOGOS. akan menjadi pembaka utama di reban sgkp di rawang. untuk permulaan LOGOS akan dipasangkan dgn GAUI X5 induk dari Bline submerine. Semoga akan ada anak anak yang sedap mata memandang. Aminnnn...
VS